Friday, August 12, 2011

Yang Haram Dihalalkan, Yang Halal Diharamkan...

Pemakaian niqab / purdah biasanya dipakai oleh dari golongan wanita Arab. Mereka memakainya kerana ingin melindungi pernafasan dari memasuki habuk pasir dan debu, juga memakainya kerana ingin memelihara diri dan menghindari dari berlakunya fitnah. Namun sekarang tidak lagi, golongan yang memakai purdah semakin meningkat malah penduduk Malaysia sendiri ada yang memakai niqab / purdah walaupun jumlah golongan yang memakai niqab / purdah tidaklah terlalu ramai. Memang pemakaian niqab / purdah tidak wajib namun adalah lebih indah, cantik, dan sejuk mata memandang jika wanita Islam memakai niqab / purdah. Malah sekaligus mencantikkan lagi imej Islam itu sendiri. Apa yang ingin dibicara dan diutarakan disini adalah. Bagi sesetengah kolej-kolej Islam serta IPTA  yang terdapat di negara Malaysia ini. Sudah tersedia maklum bahawa kolej Islam dan IPTA adalah berteraskan Islam dan segalanya menurut Syariat Islam. Namun apabila ada golongan pelajar wanita yang ingin memakai niqab / purdah, ditentangnya habis-habisan malah membuat peraturan pengharaman memakai niqab/ purdah di kampus. Pihak Pengurusan Akademik sememangnya tidak perlulah berbuat sedemikian kerana sedangkan muslimat yang tidak berpakaian menurut syarak dan peraturan yang ditetapkan di dalam pusat pengajian pun masih lagi diberi kebebasan dan dibiarkan tanpa pengawasan dan tidak mengambil apa-apa tindakan di dalam kampus malah kelompoknya senakin ramai. Oleh itu yang mana wajib ditegur? Adakah yang tidak memakai stokin agar dia memakai stokin atau yang berpurdah agar dia mempamerkan wajahnya. Seharusnya pihak pengurusan harus menitikberatkan pada perkara-perkara yang dilanggari oleh sesetengah muslimat dan bukannya mengambil peduli pada perkara-perkara yang sememangnya mengikut landasan yang betul iaitu landasan Syariat Islam. Seharusnya pihak pentadbiran memberikan dorongan dan sokongan dalam memartabatkan Syariat Islam bukannya menjatuhkan lagi. Pelik juga jika diharamkan pemakaian niqab di dalam kampus. Bukankah ianya satu perbuatan yang baik. Ianya akan rasa terpelihara apabila memakai niqab / purdah.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Ertinya: “ Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada segala syubhat, maka sesungguhnya ia telah menuntut suci bersih bagi agamanya dan dirinya.”
(Riwayat asy-Syaikhan daripada an-Nu’man bin bin Basyir r.a)
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Ertinya: “ Lazimilah ke atas kamu dengan benar kerana sesungguhnya benar itu menunjuki ke arah kebaikan dan kebaikan itu menyampaikannya kepada Syurga. Dan sentiasa seorang lelaki benar dan ia bersungguh-sungguh benar hingga hurufnya dihitamkan di sisi Allah subhanahu wa ta’ala yang sangat benar dan jauhilah diri kamu berdusta kerana sesungguhnya dusta itu menunjukinya kea rah kejahatan seperti keluar daripada ketaatan. Dan membuat kejahatan itu menyampaikannya kepada api neraka. Dan sentiasalah hamba itu bersungguh-sungguh berdusta hingga hurufnya dihitamkan di sisi Allah subhanahu wa ta’ala, yang banyak dusta”.
(Riwayat asy-Syaikhan)

Untukmu Jauh2 Pun Saya Sanggup (^^,)

Assalamualaikum wbt...hehehehe kembali lagi entry kali dengan tajuk seperti di atas..
biasa kite dengar ayat2 mcm ni time org bercintan-cintun kan kan kan.....mulalah dengan ayat2 cintanya...apa jua pun bolehlah maksudnyer tu..tapi saya pun tak terkecuali, pasal dia apa jua saya sanggup...jauh2 pun saya sanggup redahi, renangi..ceeewwaahhh ayat...betul sungguh ni..takde sapa boleh menghalang bila hati kata begitu
Ya Allah Ini Adalah Ujian-Mu
nak jadi cita nyer macam nilah (ok flashback dlm minda)...semalam ntah kenapa badan ni betul2 tak larat sangat..nak jalan pun lemah gemalai otak dah tak fikir apa cuma ingat nak minum air je ni...
tapi kuatkan juga sbb dah janji dengan bonda nak bawa bonda pergi bank..abis semua settle di bank, kami pun pulang la ke rumah dengan slowly and smoothly yela berdua kan...mana boleh rushing2...kalo saya sorang boleh aje laju tanpa mempedulikan tank minyak (^_*)
sampai di umah terus menuju ke kamarku yang empuk..tak pikir lain dah tanpa mempedulikan mereka2 diluar sana memang penat2 sokmo..ni la dia ujian yang Allah nak tunjukkan kat kite suma..merasai kesusahan dan kebuluran mereka2 yang tiada sumber makanan..so moral of the value don't waste ur food hehehe selingan untuk peringatan...
melalutnyer sampai dah panjang ni...the point is masa tengah menyiapkan juadah tiba2 teringatkan sesuatu..
nak luahkan tak boleh coz sure no one can help me so lastly deep inside je la niat ni...waktu makin menginjak ke pukul 6.30 hati gelisah betul ni..duduk tak keruan berdiri tak tertegak jalan tak cukup tanah..memang tak boleh jadi ni...abang ipar pun tengok saya dengan pelik skali msti dlm hati dia (budak ni apsal mcm ayam tercabut bulu ekor ni..sekejap kesana sekejap kesini) mungkin la kot dia cakap mcm tu...(^^)
akhirnya saya berbisik ke bonda dan nak tahu unexpected reaction yang bonda bagi..beliau benarkan saya keluar umah dlm waktu nak iftar...Alhamdulillah syukur pada-Mu...dengan tanpa berpusing 360 darjah sy terus menuju ke bilik dan menukar pakaian..without any kind of word sy terus grab kunci mobil bondaku dan vrooommmm...vvroommm berlalu pergi hehehehehe...wahai pojaan hatiku tunggulah ku dengan kesabaran yang tinggi ya...sesampai disana terus menuju ke destinasi yang dihajati melangkah tanpa melihat sekeliling...sesampai je di sana :

saya : makcik karipap sardin ada...???
makcik karipap : maaflah dik karipap sardin abis tinggal yang kentang saja..
saya : oh tidakkkkkkkkkkkkkk
Ya Allah tabahkanlah hatiku..




akhirnya pulang ke rumah dengan kehampaan...mereka2 di rumah semuanya tersenyum tanpa berkata-kata bila setiap kali mereka melihat saya...(T_T)

~Kalau Mak Panggil ~


Assalamualaikum wbt .. Alhamdulillah berkesempatan nak hapdep blog dan ari ni menginjak ke-12 Ramadhan, =)

Baiklah,, saya rase korang semua masih lagi hangat dengan isu Imam Mude kan.Sape la tak tahu program yang hangat sekarang kat Astro Oasis tu..^,^ semua seluruh dunia almaklum Imam Muda Hassan Adli memenangi gelaran Imam Muda Unggul.. Alhamdulillah... ~ sure ade yang sedang senyum2 ni.. haaa tu.. ececey kaber la tuh ye.. hehe ..~ trademark si Hassan ni ha.. suke senyum.. mencontohi akhlak Rasulullah SAW bagus tuh.. senyum tak perlu kata apa2.. hehehe 



Semua orang tahu kan betapa berharga nya mak dan ayah kita dalam dunia ni,. Korang baca tajuk entri kali ni mesti tertanya2 kan.. Apesal pelik sgt tajuk ni,,, eheheh.. Sabo nanti baca smpai habeh ye.. =)

Mak ayah mana ada ganti lain ,, takde spare part okey. tu la satu... seperti dalamsurah Al-Isra' ayat 23-24 ada menyatakan betapa kita patut menjaga dgn penuh kasih sayang kat ibu bapa kita.. haa ni makna ayat 23-24 Surah Al -Isra' yang bermaksud..

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24)"

Tahukah korang semua kalau mak kite panggil time kite tengah solat sunat., kite wajib jawab panggilan ibu dan mak kite dan segera  meninggalkan solat sunat.. Itu solat sunat bukan solat wajib.. Kalau wajib lain cerita okey,, hehe,,, Ada  satu kisah .. nak tahu kisah ape. jom......baca,,,

Kisah ini terjadi sebelum kedatangan Rasulullah SAW dan di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA katanya,

Pada suatu zaman,, ada sorang laki2 ni namanye Juraij..Die memamg kuat beribadah kepada Allah,Satu hari ni,, sedang die mengerjakan solat sunat di kawasan ibadahnya, datang ibu si Juraij ni dok panggil la anak die ni ,, Dalam hati Si Juraij ni nak ke tak jawab panggilan mak die.. tp die sebabkan si Juraij ni memilih untuk meneruskan solat nya tanpa menghiraukan panggilan mak die yang dok panggil2 die ni.. da kali ke 3 tu mak die naik hangin n menyumpah si Juraij ni... Haaa tu dia,,

kalu dulu2 kena marah cenggini la.. siap la ..
Mak si Juraij ni pun menyumpah si Juraij ni dengan mengatakan    " Allah tidak akan mencabut nyawa putranya sebelum ia di tuduh oleh manusia sbg org yg berbuat zina"  tu dia,, Mak dia doa mcm tu,,, ~ Maybe tgh hangin mak die doa mcm tu..~ Korang nnt ade anak jangan doa yang tak baik tau,, Doa yang baik2,,even mcm mane sekalipun ,,=_= mintak Allah bg Hidayah .. okeyla smbung cite balik..~Bukan niat mak die tapi sbb masa tu maybe mak die da marah sangat...>Sure la kalu kite skrg ni pun mak panggil tak nyahut. sure mak ckp.. "Gi mana? mak panggil tak jawab" sambil mata mak jengil2. hehehe

And then di satu ketika,, di tempat kawasan ibadah si Juraij ni berteduhla seorang pengembala kambing. tak lama tu dtg pula seorang wanita dari dusun juga nak berteduh ~ Boleh la pulak kan..hehe~ ,,berlakulah  zina antara seorang wanita itu dgn pengembala kambing sehingga wanita itu hamil dan melahirkan bayi,~ astagfirullah hal a'zim..~ 

Becoz of takut  akan perbuatan nya di ketahui org ramai..si pengembala kambing ni yang mana otak nya telah di rasuk syaitan dan di beri oleh syaitan idea pada wanita dusun tu mcm ni,, " you.. nanti kalau org ramai tanya u sape yang buat u cenggini,, u jawab si Juraij ahli ibdah tu yang buat u cenggini" 

"Okey dear, no prob" si minah dusun ni jawab rilek jer.. 

Selepas itu dtg la org merusuh depan umah si Juraij ni dan memusnahkan tmpt ibadah die dan si Juraij ni di hadapkan ke mahkamah pengadilan,,,Haa kan da makbul doa si ibu tadi.. gara2 amarah nye pada Juraij..

Sebelum di jatuhkan hukuman,, Si Juraij ni teringat akan ibunya yang pernah menyumpahnya,, dan die mintak izin solat sunat 2 rakaat .. And then Juraij ponberbisik pada bayi itu dan bertanya" Siapakah ayahmu?

" Bayi itu menjawab "Ayahku seorang pengembala kambing."

~ Bayi ini adalah salah satu dari 3 bayi yang boleh berbicara,, 1~ Nabi Allah Isa,2~Bayi yg bersama ibunya dalam peristiwa Ashabul Ukhdud..~

Makanya org ramai tadi rasa bersalah dan ingin menggantikan tempat ibadah si Juraij ni yang di perbuat dari emas dan perak Pergghh,, ~ tapi di tolak Juraij..Die mintak buat mcm biase je gune tanah liat,,.. kalau kite semua la jadi Juraij tu mahu hangin.. Tak sabo langsung,,, Sebelum org tu offer lagi asenye korang sume da mintak wat baru,, heheheh ~ gurau2 ye,,
Hadits Riwayat Bukhari -Fathul Baari 6/476, dan Muslim 2550 (8)].

Pada hadis ini kisah Juraij di tuduh berzina bcoz do'a ibunya setelah Juraij tidak memenuhi panggilannya dengan sebab nak jugak teruskan  dan mengerjakan solat sunat ,,So para ulama beristimbat dengan hadis ni bahwa solat sunat harus dibatalkan untuk memenuhi panggilan ibu.

So kengakwan semua.. Da baca tu agaknya kita paham dan tahu betapa penting nya mak ayah kite dalam kehidupan kita kan kan kan..

Bertepatan jugaklah dengan  hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dari Abdullah bin Amr bin 'Ash.

"Ertinya : Seseorang datang kepada Rasulullah SAW meminta izin untuk jihad. Kemudian Nabi SAW bertanya,
"Apakah ibu bapamu masih hidup ?"
Orang itu menjawab,"Ya"
.Maka kata Nabi SAW "Hendaklah kamu berbakti kepada keduanya" Hadis Riwayat Bukhari, Muslim 5/2529 Abu Dawud 2529, Nasa'i, Ahmad 2/165, 188, 193, 197 dan 221

Lihat tu? See see,, Betapa Jihad Fisabillah itu setara dengan berbakti kepada kedua ibu bapa... MasyaAllah.. So wat pe kite sia2 kan masa lagi .. Jom berbakti pada Mak Ayah kite!! Bagi yang jauh tu .. cepat ambek HP dail no tepon mak ayah.. ~  bagi yang dekat2 tu bawak la jenjalan holiday ke ape ke.... makan2, luang2 kan lah masa bersama-sama...
Pesanan untuk kite semua,, ~ Supaya kite TIDAK dan jangan hantar mak ayah ke rumah org tua,, kasihi dan sayangi la mereka .. =( 

 
tengok ni.. sediakan tisu.. saya memang sitip sikit,,, tgk bawang pun saye nangis,, hehehehe

Sekian..


"Kecil gayung , baldi saya hulurkan"
Wassalam..