Saturday, August 20, 2011

Selera Saya, Bukan Selera Mereka2

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah sudah sampai ke sepuluh Ramadhan terakhir..hari ini entry berkenaan dengan selera saya.
Sejak dua-menjak ni kan rasa nak makan macam2 (eh bukan ari2 ke nak makan macam2) antaranya adalah spaghetti carbonara..dulu time nak makan spaghetti ni hanya mampu simpan dalam hati je sebab tak tahu nak buatnyer macam mane..tapi sekarang tidak lagi..hehehehehe saya sudah pandai (pandai ke) mestilah pandai kalau tak masakan bonda akan cakap "SEDAP" kan
haaaa..mcm ni la riang nyer hati saya tau
Nak masak pun dah berapa ratus kali baru menjadi sampai kadang2 naik penat ni tapi takpe tak boleh putus asa, nak dapatkan rasa yang sebenar punya pasal la ni..tapi akhirnya Alhamdulillah menjadi jugak akhirnya..mula2 dulu terasa macam susah je nak buat tapi bila dah pandai, makanya tak ade la lagi istilah 'susah'..bahan2 pun ada mahal jugak la..my family bukannyer penggemar makanan ala2 amareka ni bak kata mereka 'pelik aje' so cuma saya je yang dalam family boleh plak tersesat suka makan makanan macam ni.. ntahla bile kalanya saya minat ini makanan, saya sendiri pun takde jawapannyer..penah bagi my bonda makan tahu apa dia bilang "apa ni ni tak sedap langsung, rasa makanan apa macam ni, asal la anak aku yang sorang ni dalam banyak2 makanan, makanan ni jugak la yang dia makan...suka naa makan yang pelik2" haaa tengok tu, itulah kata beliau tau...huhhuhuu
So back to the story, sejak dah pandai ni kan...saya suka bebenar le nak buat resepi sendiri kan..ikut selera saya..kalau tiru 100% resepi asal memang cepat muak makan because that food full of cream tau makanya saya buat le selera melayu..yela kalau dah melayu tu melayu jugaklah la jangan perasan nak jadi mat tak saleh kan...jadi resepi saya senang je..bahan2 asas serupa cuma tambah beberapa selera orang melayu..

Bahan:
Spaghetti
Krim
Susu segar
Lada hitam 
2 biji bawang putih (dicincang)
Minyak zaitun
Cili padi *selera orang melayu ikut pemahaman saya*

Bahan optional:
Daging kisar (goreng dulu dgn sedikit minyak)
Cendawan butang
*
bagi sape2 yg suka blh letak tp sy tak suka jd sy tak letak la*
Mozarella cheese (jika ada)

Cara:
1- Rebus spaghetti campurkan sedikit minyak zaitun dan garam. Sudah masak,toskan dan letak tepi dulu.
2- Dalam mangkuk, campur susu, krim, lada hitam. Kacau sebati.
3- Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun. Tumis bawang putih.
4- Masuk bahan bancuhan tadi. Atas api perlahan, kacau hingga pekat. Jika terlalu pekat, tambah air masak.
5- Masuk bahan optional. Kacau lagi.
6- Masukkan spaghetti dan kacau sehingga sebati kemudian taburkan mazarella cheese.
7- Kan saya dah kata saya ni orang melayu jadi resepi ikut saya la makanya saya letak la cili padi...Siap untuk   dihidang dan disantap..sekian terima kasih. (^^,)

ni la die rupenyer spaghetti carbonara yg bukanlah sy buat..ye bukan yg sy buat tapi cenggini la


Alhamdulillah sedapnyerrrr saya masak (mood perasan)
Bila sudah makan..WAHHHHHH itu je yang dapat saya gambarkan perasaan dan kesedapannyer..tapi ingat kawan2 jangan makan banyak2 dan jangan makan selalu sebab calories nyer tinggi nanti tak pasal2 jd ge*&^% plak kang..dan yang paling ditakuti ialah dapat penyakit malas nanti yela dah terlalu kenyang kan.. Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun... makan biarlah berpada-pada ye...makan untuk hidup bukan hidup untuk makan tau... Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akan menyebabkan : 


Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang 
tinggi.  
• Penyakit Kencing Manis/Diabetes.  
• Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.  
• Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.  
• Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.  
• Bertambah gemuk apabila umur meningkat. 



Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah 
berlebihan berat badan? 
1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :  
o Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan 
rendah lemak.  
o Makan secara sederhana.  
o Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan 
berjalan lebih kerap.  
o Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam 
sehari. 
2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat 
sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.  
3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar  Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda 
mempunyai masalah berkaitan berat badan. 
bace doa dulu, baru boleh makan


Adalah paling penting sekali  INGAT sebelum makan baca doa dulu ye




DOA 1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
DOA 2
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.
DOA 3 (Sekiranya diberi susu)
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ
Maksudnya : Ya Allah, berkatilah kami padanya dan tambahkanlah daripadanya.
DOA 4
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.
DOA 5 (Sekiranya terlupa baca bismillah)
بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلِهِ وآخِرِهِ
Maksudnya : Dengan Nama Allah yang memulai segalanya dan mengakhiri segalanya