Cerita
Nabi Nuh a.s telah mengingatkan bahawa anak daripada orang salih tidak
semestinya akan menjadi salih seperti ibu bapanya. Nabi Muhammad s.a.w
juga pernah mengingatkan anaknya yang bernama Fatimah bahawa jika dia
mencuri, Rasulullah akan memotong tangannya. Kesalihan seperti mana juga
kemuliaan seseorang, memang tidak boleh diperoleh melalui keturunan
semata-mata tetapi ia perlu dicapai dengan adanya usaha individu itu
sendiri, serta pilihan dan kehendak Allah s.w.t.
Kisah
Nabi Nuh dan keingkaran anaknya yang bernama Kana’an serta isterinya
untuk beriman kepada Allah s.w.t menyebabkan mereka akhirnya
ditenggelamkan oleh banjir besar. Betapa kecintaannya terhadap anaknya
ketika Kana’an sedang berjuang menyelamatkan diri, Nabi Nuh tidak
putus-putus mengajak anaknya naik ke atas kapal bersama-samanya, namun
anaknya tidak menghiraukan seruan itu. Allah s.w.t telah menurunkan
banjir yang besar dan telah menenggelamkan semua umat Nabi Nuh yang
tidak beriman kecuali 70 orang pengikutnya yang setia.
Cinta
orang tua kepada anak melebihi cinta anak kepada orang tua. Bacalah
kisah Nabi Nuh a.s yang merupakan salah seorang dari lima nabi yang
paling utama. Betapa pun anaknya derhaka kepada Allah dan membangkang
orang tuanya, cintanya tidak luntur. Sampai detik-detik terakhir,
baginda masih mengajak anak kandungnya untuk menumpang kapalnya di
tengah-tengah pukulan gelombang yang laksana gunung.
Perhatikan
pula rahsia perikemanusiaan, rahsia cinta ayah yang telah tua kepada
anak kandungnya, penyambung keturunannya. Meskipun Tuhan telah
berkali-kali memperingatkan, meskipun Tuhan telah melarang memohon
perlindungan Tuhan bagi orang-orang yang aniaya, kerana orang-orang itu
pasti tenggelam dan meskipun Tuhan telah menjelaskan bahawa di antara
ahli keluarga Nabi Nuh ada yang telah ditentukan terlebih dahulu bahawa
mereka tidak akan dapat masuk, namun Nabi Nuh sebagai ayah tidak juga
sampai hati melihat anaknya akan binasa. Sebab itu, maka diajaknya naik
semasa ada kesempatan, sebelum air bertambah naik dan ombak bertambah
besar.
Setelah
anaknya tenggelam, ketika air bah surut dan Nabi Nuh a.s bersama kaum
yang beriman selamat sampai ke darat, cinta ayah belum juga putus. Ini
antara lain terbukti daripada maklumat di dalam al-Quran (lihat surah
Hud, ayat 45-46).
Nabi
Nuh a.s menerima jawapan daripada Allah yang menjelaskan hakikat yang
telah dilupai baginda iaitu hubungan `kekeluargaan’ di sisi Allah juga
dalam agama Allah dan neraca pertimbangan-Nya bukanlah hubungan
kekerabatan darah, malah ialah hubungan kekerabatan akidah. Berdasarkan
hakikat ini, anak Nabi Nuh yang terkorban di dalam banjir itu bukanlah
seorang yang beriman dan kerana itu dia tidak termasuk dalam golongan
keluarganya, kerana baginda adalah seorang yang beriman.
Itulah
hakikat agung dalam agama ini, iaitu hakikat hubungan akidah yang
menjadi asas segala hubungan yang lain. Itulah tali hubungan yang
mengikatkan individu mukmin di antara satu sama lain. Itulah satu
hubungan istimewa yang tidak dapat dilaksanakan oleh hubungan keturunan
dan hubungan kekerabatan.
Luqman
Hakim seorang yang yang salih menyedari akan tanggungjawabnya. Nasihat
beliau kepada anaknya telah dijadikan teladan kepada ibu bapa yang baik
dan bijak. al-Quran merakamkan nasihat beliau kepada anaknya:
“Wahai
anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya syirik itu
perbuatan zalim yang besar, katanya.” (maksud surah Luqman, ayat 13)
“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (orang lain) mengerjakan yang
baik, dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan mungkar, dan bersabarlah
terhadap apa yang menimpa kamu.” (maksud surah Luqman, ayat 17)
Pengajaran
daripada ayat ini ialah pesan-pesan tauhid itu harus sentiasa tertanam
dalam jiwa dan kesedaran anak-anak kita. Kehadiran seseorang anak dalam
kehidupan kedua-dua ibu bapa adalah sesuatu yang amat berat, satu
fitnah, satu ujian daripada Allah untuk menguji sejauh mana tahap
kesabaran, kadar keimanan dan tanggungjawab kita untuk membawanya ke
jalan yang diredai Allah. Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah,
suci, kata Nabi s.a.w.
Al-Quran
menceritakan tentang kesalihan dan rasa kesedaran daripada
tanggungjawab Luqman Hakim sebagai bapa yang baik dalam mendidik anak.
Dalam komunikasi yang penuh kasih sayang, beliau berpesan kepada anaknya
agar jangan mempersekutukan Allah, dirikanlah solat, berbuat baik dan
banyak bersabar. Sesungguhnya solat itu satu-satunya bekal dan
nilai-nilai amar maaruf nahi mungkar yang amat relevan bagi anak-anak
yang akan menghadapi zaman globalisasi yang serba pantas dan mencabar.
Demikianlah
juga dengan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Yaakub a.s yang sempat memberikan
wasiat kepada anak-anaknya sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah
al-Baqarah, ayat 132.
Anak
adalah milik Tuhan dan mesti dipersembahkan sepenuhnya untuk (jalan)
Allah. Kita sekadar diberi amanah memelihara dan memberi ilmu. Ketika
Allah memerintahnya agar menyembelih anaknya Ismail yang sangat
disayanginya, Nabi Ibrahim dengan rela hati melaksanakan perintah
tersebut.
Demikianlah
kesalihan dan kemuliaan ibu bapa tidak dapat menyelamatkan anak-anak
daripada pembalasan Allah s.w.t. Hanya keimanan dan ketakwaan seseorang
yang dapat menyelamatkan mereka daripada balasan Allah s.w.t.