Salam penuh mahabbah ku
utus buat pejuang sekalian. Buat pejuang sekalian, ingatlah perjuangan ini
tidak pernah ada erti senang, semuanya payah belaka. Untuk memudahkan gerak
kerja kita, pasangan yang sefikrah haruslah menjadi pilihan untuk memudahkan
gerak kerja kita, bahkan pasangan kita mampu bersama-sama kita meneruskan gerak
kerja memastikan Islam sentiasa tertegak. InsyaAllah dengan izin Allah semuanya
pasti menjadi mudah ^-^
Sajak ini khas buat
kalian yang tidak pernah mengenal erti penat lelah berjuang bersama suami yang
tercinta hanya kerana inginkan keredhaan-Mu Ya Allah… buat bakal isteri
pejuang, hayatilah bait-bait kata ini, ketahuilah ketulusan hati sang suami
yang begitu gembira kerana dikau sanggup berjuang bersama untuk Islam.
Isteriku….
Apabila kusentuh telapak tanganmu…
Saat kuusap dan kurasakan guratannya,
Kudapatkan parutan kasar dan semakin kasar….
Dan ketika kupandangi wajahmu….
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan
walaupun kutahu…
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang
memberat….
Ketika kutersentak dari pembaringan di kala
fajar kadzib menyingsing…
Aku terpana dengan munajatmu yang syahdu.
Isteriku…
Tatkala teman-temanmu tengah bersantai, happy
fun….
Di keramaian dunia ciptaan mereka…
Engkau bahagia mengorbankan seluruh
detik-detikmu….
Hanya untuk Islam dan keagungan muslimin…
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti…
Pelbagai hiasan yang indah…
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan
kilauan emas berlian…
Pakaian-pakaian anggun bak puteri kayangan…
Wajah mereka dibaluti pelbagai warna dan
jenama…
Kau umpama ladang ummah…
Kau menginfaqkan seluruh jiwa dan raga demi
kebangkitan Islam…
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh,
meminta-minta maupun
mengadu domba…
Tatkala mereka berlomba-lomba mengejar pangkat
dan nama…
Kau sibuk menjulang nama dengan pengaduanmu di
sisi yang Esa…
Isteriku….
Bukan aku tidak mampu membelikan benda dan
hiasan-hiasan tersebut…
Tetapi isteriku…
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk
kujadikan isteri dan penghuni kamar hatiku….
Kau melafazkan satu tuntutan, “Saya siap
mendampingi perjuangan ini bersama akhi tetapi dengan syarat…” Sambil tersenyum
kau menghela nafas dalam-dalam….
Aku termangu sendirian… Syarat apakah itu?
Bungalow kah? Hamparan tanah berhektar-hektar kah? Mobil mewahkah? Intan
berliankah? Pakaian sutera yang high class? Perabot mahal dari Itali kah?… Atau
honeymoon di Paris ?..
Lama kau mengumpulkan kekuatan untuk sekedar
berkata…
Akhirnya…
Arghhh… Permintaanmu itu…
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan
teman-teman kita…
Aku tergugu, haru dan bangga…
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
“Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai
isteri yang
kedua ?….
Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri
pertama yang lebih memerlukan perhatian?…
Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam
melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?…
Mampukah akhi menjual diri semata-mata karena
Islam?..
Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan
dunia?…
Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara
api….
Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus
menyala…
Mampukah akhi menjadi lilin yang rela membakar
diri untuk Islam..
Bukannya seperti lampu pijar yang bisa
di’on’kan bila perlu dan di’off’kan bila tidak….
Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal
dilontarkan kepada anda kerana perjuangan anda….
Dan…mampukah akhi menjadikan saya isteri
seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?…
Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku…
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana
aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia…
Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini
dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia…
Isteriku..
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku
sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita…
Susah senang kita tempuh bersama…
Aku terharu dengan segala kebaikanmu…
Kau jaga akhlakmu…
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah…
Kau tak pernah mengeluh apabila sering
ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung….
Kau jua sanggup mengekang mata menungguku
sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku
pulang lewat malam….
Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk
aku terus tsabat di pentas perjuangan ini….
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita
masih jauh dari keharuman kemenangan…
Isteriku..
Tangkasnya engkau selaku isteri…
Biarpun kau jua sibuk bersama mengorbankan
tenaga dalam perjuanganku ini..
Kau jaga relasi kita dengan indahnya…
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih
sayang….
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu
untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda
bersama masyarakat dan kaum sejenismu….
Cekalnya engkau mendidik anak-anak…
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul saw,
para sahabat yang mulia serta para
pejuang Islam…
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi
pelapis jundullah…
Kau asuh mereka hidup dengan Al Quran…
Malah kau temani mereka mengulangkaji
pelajaran dikala menjelang imtihan…
Isteriku…
Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang
dunia…
Kau beri didikan dua generasi sekaligus,
generasi kini dan generasi kan datang
Suamimu dan anak-anakmu dengan MAHABBAH
….WAHAI ISTERIKU….
*semoga anda terhibur dengan rentetan dan coretan ini*