Friday, March 1, 2013

#Mention The Words#




  • Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. 
  • Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sejuk dipandang mata. 
  • Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, indah akhlak dan baik hati. 
  • Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. 
  • Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. 
  • Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. 
  • Dan yang akan terjadi, andai tak sama dengan kehendak hati, InsyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

KECUAIAN DIRIQU BUAT KALI KETIGA

Assalamualaikum.. wohhooo rajin lah pulok meng'hapdet' blog. Bukannyer aper bila banyak naa citanyer, tak tahu nak celoteh kat sape, so blog jela yang sudi nak terima walaupun terpaksa penat untuk menaip kan.

Cengithaa nyer begini, hari Ahad yang lepas bertarikh 24 February 2013, after balik dari hiking broga's hill (silalah rujuk gambo yang tak seberapa di bawah ini).

ni la bukitnya., mengah, semput nak tercabut nafas mendakinya.

Hebattt TheMissIqa hiking bukit broga nu haaa.. Ala ini semuanya disebabkan wajib ko-kurikulum, saje-saje nak naik takdelah hai. Tapi daQu bukan nak cita pasal bukit broga, ofkos anda-anda sekalian lebih arif pasal bukit borga tu dari saya sebabnya ni lah kali pertama saya mendaki dan mendengar pasal bukit broga tu. Ape yang saya tahu pasal bukit broga tu pun satu je after di explainkan oleh coach dimana disitulah angkasawan pertama negara kita Dr.Sheikh Muzaphar Shukor membuat gambar pre-wedding beliau bersama isterinya Dr.Halina.

Ok ok back to the main point, after balik dari bukit tu sesampai di kolej around 3 o'clock gitulah dah tak ingat pukul bape sebenornyer. daQu keluarkan phone nak tepon roommate tanya dah makan ke belum kalo beliau belum makan meh la turun sebabnya daQu ada di kafe, tujuannya satu je nak temankan beliau beli makan. Tapi dia bilang malas mau turun, daQu pun tak pulok ringan mulut ni nak bertanya dia nak makan apa + tolong belikan makanan dia. So after done session call meng'call beliau, daQu pun menyinggah lah beli milo ais yela baru balik dari hiking kan ofkos air sejuk la targetnya. After tu terasa nak makan kopoq lekoq pulak so nyinggah lah lagi ke kedai kopok lekor. Dalam menunggu makcik tu nak layan daQu sebab ada budak kecik datang dan mencantas pertanyaan daQu, dengan baik bagilah budak tu lepas dulu and letak la barang-barang di tanganQu kat atas meja jualan makcik tu. Lepas dah selesai sesi jual beli dengan senang hati balik menuju ke bilik.

After clean wash semua bagai tu, daQu pun nak baring penat la katakan (padahal dah niat nak makan after mandi tu tapi penat punyer pasal tolak tepi dulu, tido lagi utama) nak amik phone nak tepon Bonda sebelum melenakan diri. daQu pun carik atas meja takde phone daQu, carik dalam beg takde jugok, haaiiihh mane plak phone daQu ni, bersangka baik lah mungkin daQu cari gelojoh sangat kot tadi check balik dalam beg.. haaaiiippp takde jugak, suruh roommate call phone, dia kata ada bunyi tapi kenapa daQu tak dengar ringtone phone daQu. Wahhhh cuak menyerbu taknak la panik membuta tuli so cari cari cari cari cari cari cari dan dalam masa yang sama suruh roommate call jangan berhenti.

Sure phone takde dalam beg mahupun dalam bilik. habis laaa takkan tinggal plak. Roommate suruh daQu ingat balik mane daQu letak. Inilah masalah utama daQu, daQu ni cepat tak ingat memang sifat semulajadi daQu bak kata Bonda. Duduk tenangkan diri, ingat balik kat mane daQu letak phone tu. Dok dalam fikir fikir fikir tu tiba-tiba baru daQu teringat masa beli air daQu takde letak barang tapi masa beli kopok lekor tu daQu ade letak barang kat atas meja makcik tu. Sepantas harimau kumbang daQu pakai jubah sarung tudung pakai purdah turun bawah tapi sempat pesan kat roommate terus call phone daQu. Sampai je kat kedai tu terus ambush makcik tu tanya dia ada nampak tak phone kat sini sebab memang daQu yakin memang daQu ada letak phone kat situ. Tapi jawapan negative yang makcik tu bagi, dia siap tambah lagi kalo ada sapa-sapa yang tinggal barang kat kedai dia memang payah nak jumpa balik & cita lagi ada budak hilang purse pun sampai sekarang tak jumpa. Hadoiyai makcik ni buat daQu bertambah tak keruan. Patah balik ke kedai air tanya abang air tu kot-kot dia nampak phone tak kat situ tapi dia kata memang takde sebab dari tadi memang dia bersihkan meja memang takde barang pun atas meja dia.

daQu dah nak nanges dah ni tapi tahan lagi, on the way nak menuju ke bilik tanya makcik guard pun jawapan yang sama jugok. Ok tahan tahan jangan keluar dulu. Balik bilik tanya roommate phone still ringing tak, dia cakap

Roommate: ' kak phone dah tutup, dah tak dapat '.

Dah sudah sape pulak yang dah jumpa phone daQu ni. Tapi daQu memang yakin seyakin kuat mengatakan yang memang daQu ada letak phone daQu kat kedai tu sebab memang daQu letak semua barang-barang daQu atas meja makcik kopok lekor tu tadi. Orang kata Khusnu Zonn jangan bersangka buruk pada orang lain tapi bila bab-bab macam ni berlaku daQu tak boleh. daQu memang tak tahu nak buat ape lagi, duduk kat tangga tepi bilik, dok nanges nanges nanges nanges nanges dan nanges lagi tu diiaaaaa tak henti-henti lagi best lagi banyak daQu nanges lagi kuat angin kat situ bertiup. Sebab tak boleh fikir dan zero tak tahu nak buat ape call la lil brother, hamik ko kena leter dengan dia. My lil brother pun cuba jugak detect my phone dengan cara pro dia tapi tak boleh sebab 'orang yang amik tu' dah switch off my phone. nanges lagi

daQu takdelah nak menuduh makcik tu, boleh jadi mungkin sape-sape yang datang kedai makcik tu ternampak phone tu diambilnya lalu menjadikan terus sebagai haknya. daQu terus kena migraine tahap dewa  dan nanges lagi dan last skali daQu masuk bilik sambung nanges lagi kat atas katil pulak then tertido. sedar-sedar je dah nak maghrib, bangun dengan keadaan kepala pening + penat + sakit badan + sakit kaki + sakit lutut (sebab lutut terhentak kat batu masa turun dari bukit broga) + sakit hati + lapar + haus sesangat = esoknya 25 February 2013 bersamaan hari Isnin ada Imtihan @ dalam bahasa uni bermaksud 'MIDTERM' dan sambung nanges lagi ( biasalah daQu ni memang kuat cengengnya ). 

Dalam dok nanges teringat yang ada simcard satu lagi yang tak pernah daQu gunakan then terjumpa phone singgit ( bak kata coach daQu la ) dalam beg baju. On phone, nasib baik boleh guna and ada kedit lagi. Sms dengan lil brother nak buat ape dan sambung nanges lagi. Beliau berhujah

My Lil Brother: ' Aku pun terkilan dengar tapi nak buat macam mane dah takde rezeki. Anggap je la itu rezeki orang tu. Tapi tu la ko kak careless sangat semua benda nak hilangkan, semua barang ko tak ingat kak. Masuk yang ni, ini kali ketiga ko hilangkan phone kak. Aku pun tahu nak buat macam mane dengan ko ni kak, nak kata kurang cerdik kang marah tapi belajar sampai tahap degree dah. Benda-benda penting tu pon tak boleh ingat. Nasib baik telinga tu melekat kat kepala kalaulah telinga tu boleh ditanggal-tanggalkan, aku rasa ko lah orang pertama yang hilang telinga agaknya. Menangis sampai air mata darah pun phone tu takkan datang balik. Dah la tak payah nak pikir sangat sok exam kan baik gi baca buku tu '.

* daQu lagi bertambah nangesnya lagi bila kena bidas sampai cenggitu skali.. pssttt ni my Bonda belum tahu lagi tau. My lil brother sorang je yang tahu.. *

Anda-anda semua tahu tak kenapa daQu nangis banyak sangat dalam scene 'missing the phone' sebabnya phone tu 'ALANG SAYA YANG PUNYA' hah gitu.. Mau tak nangisnyer, gila dah pakai phone orang, hilangkan lagi pulak tu. sebab itulah nangis teruk bagai. Macam mane nak menjawab kat alang pulak, malam tu daQu pun call la alang, mula-mula dia tak angkat, lepas tu call lagi sampai 3 kali tak angkat jugak. Cuak jugak kalaulah dia angkat phone tu rasanya mungkin daQu akan off kan call tu. Sebab phone alang ada kat saya adalah kerana permintaan saya sendiri yang ingin menukar phone dengan alang atas alasan phone saya susah untuk saya bawa naik atas bukit broga agak kepayahan terjelas disitu. Nak tahu saya pakai phone apa bacalah sebelah ini " phone daQu ". After tu dah tak call lagi sebab takut punya pasal, tapi dalam beberapa jam dok tengah menghafal nota tetiba phone singgit bunyi, tengok number alamakkkk alang call la ape nak jawab ni. Nak tak nak angkat la, alang tanya nak ape, so daQu pun citalah habes kat alang, pasrah habes dalam hati 'ni kalo kena marah terima jela sebab kecuaian sendiri'. U know what alang macam mengerti je, dia tak marah siap bagi nasihat jangan fikir-fikir sangat nanti terganggu nak exam esok. Macam tahu-tahu je yang adik dia memang kaki menghilangkan phone. * hati berbunga riang tapi still rasa serba salah dengan alang *

Lepas alang call, dalam 15 minit kemudian Bonda pulak call, ni mesti alang dah bagi tahu kat mak ni. Habislah redha je la, kena marah ye tuan2 dan puan2 dengan kencang sekali. Tapi dengan memarahi itu tidak cukup untuk menggantikan phone alang. Yes daQu mengaku memang daQu cuai, leka dan tidak peka pada barang-barang sendiri. Jadi mari muhasabah diri wahai empunya diri dan hati. WASSALAM T_T


Anda-anda sekalian blog inilah phone alang yang saya hilangkan. Yes Blackberry 9810 yerr T_T

 PROUD TO BE A MUSLIMAH 

Enjoy + Menimba Ilmu Dikala Bujang

Assalamualaikum, wahh lama bangat tak hapdet blog kitew ni, nasib baik tak bersawang.. takpelah hapdet jela walaupun cita yang bakal dihapdet tak syok sebenarnya.. selamat membaca yer (tu pun kalau ada yang membaca)....

Seusia daQu sekarang ini ramai kawan-kawan, baik waktu di sekolah rendah, menengah bahkan termasuk waktu diploma dulu dan waktu degree sekarang semuanya sudah mendirikan masjid. Alhamdulillah happy and du'a for them (daQu bila lagi hehehehe Insya-Allah bila tiba waktu yang sesuai Allah pasti akan tunjukkan dan mengarahkan daQu kahwin sekarang jugak dan menonjolkan siapakah 'dia'). hah!! tengok bila cita bab kahwin je memanjang hujah nyer, padahal bukan ini yang daQu nak cita. Nampak tak main title nyer aper, hahahahaha memang daQu nak enjoy sepuas dan menimba ilmu sebanyak yang mungkin di kala waktu muda remaja lagi bujang ini. 'Enjoy' atau dalam bahasa melayu nyer 'bersuka ria' mempunyai banyak cabang dan cara untuk kita inpretasikan, cuma jangan tersalah langkah yer kawan-kawan sekalian alam, tidak salah untuk kita bersuka ria cuma kena pilih cara yang betul untuk bersuka ria. macam daQu caraQu inpretasikan maksud enjoy Qu itu adalah dengan jeng...jeng...jeng...

daQu nak bermusafir, ber'enjoy' dan mencedok ilmu sebanyak yang mungkin diseluruh pelosok dunia ini selagi Allah izinkan. Menghabiskan sisa waktu muda remaja 'lah sangat' dengan benda yang bermananfaat untuk ukhrawi dan duniawi. Atleast waktu mudaQu Insya-Allah terjaga. Ber'enjoy' denga cara yang Allah redhai dan berkati. Ala bak kata pepatah dulu ' menyelam sambil minum air ' gitu.. Apa lagi jom kita enjoyyyy!!!

Awal tahun 2013 memang ramai umat Islam berlumba-lumba pergi ke Tanah Suci Mekah menunaikan umrah, mengeratkan lagi hubungan dengan Sang Maha Pencipta Alam Semesta. Tidak terkecuali daQu untuk berlumba-lumba mendaftarkan diriQu sebagai salah seorang tetamu Allah. Apabila sudah jumpa agensi yang sesuai untuk menerbangkan daQu kesana. daQu pilih agensi ini kerana dalam kita beribadah, agensi ini akan buat trip melawat tempat-tempat bersejarah Islam so that's why daQu teruja habes dengan agensi ini  hah gitulah permainannya. After that daQu pun berbincang secara hemah dengan bonda. Mulanya bonda senyap je bila kitew cita kat dia, kitew pun tak nak lah banyak kerenah diam jela, takde lah tanya lebih-lebih. Then second round cita lagi niatQu suci murni sesuci minyak masak cap murni dekat bonda, hahhh tu dia bonda sudah bersuara, kata beliau

Bonda: ' sabarlah kita pergi sama-sama, pergi sorang-sorang ni mak tak izinkan, bahaya pergi sorang '

urrmmmmmm ok sabar sabar kumpulkan kekuatan dan ayat mengayat manis sekarang mulaaa

daQu: ' mak bahaya apenyer, nurul nak pergi Mekah sana tu hah bukannyer nak pegi buat konsert girls generation (sambil nyanyi lagu korea kat bonda). Rumah Allah mak, Insya-Allah Allah akan jaga hambaNya. Lagipun ni memang impian nurul mak nak buat benda ni semua secara sensorang + berdikari. Memang kita dah promise nak gi sama-sama. Untuk kali pertama ni mak izinkanlah nurul pegi dulu ye mak. tapi kalo mak tak izankan pun takpelah (sambil buat muka seposen). '

Bonda senyap tak berbicara sepatah apa pun, orang dolo-dolo kata senyap itu tandanya setuju kan Assuqut'alamutrredha walhal Bonda dah tertido ghupenyerrrr haaiiihhhh

Di satu malam bawah bulan separa

Bonda: ' betul nak pergi sana sorang-sorang '
pusing 360 darjah ok
daQu: ' haaaiiipppp betul3x '  * cahaya untuk merealisasikan impian sudah menampakkan sinarnya*
Bonda: ' ok mak izinkan, nanti jaga diri tu elok-elok, jangan buat mak risau. Lepas ni pegi tepon bagi tahu ayah plak '
daQu: ' Allah!!! saaaaayyaaaangggg mak infiniti.. oraite nurul memang plan nak bagi tahu ayah pun kalau mak tak izinkan nurul pegi hehehehehhe '.

Alkisahnya bermula misi miss lone ranger memulakan langkah yang seterusnya. Menyelesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan, memandangkan orang agensi dah call untuk bankin deposit dulu sebagai tanda untuk booked tiket kapal terbang + minta keizinan ayah pulak (adat la kalo nak apa-apa mesti tanya kat mak dulu baru ayah kan). Tarikh keberangkatan daQu untuk ke Tanah Suci Mekah pada 8 April 2013, 2 hari selepas daQu habis final exam wooohoooo...

Di satu saat Allah nak menguji keimanan, ketaqwaan dan mendatangkan ujian. Pada satu hari daQu mendapat khabaran yang bahawa untuk musim umrah kali ini kerajaan arab tidak membenarkan memakai mahram tumpang. Means bagi wanita bujang haruslah pergi bersama mahramnya sendiri dan wanita yang dibenarkan masuk ke Mekah tanpa menggunakan mahram hanya wanita berumur 45 tahun ke atas. Memandangkan daQu adalah seorang wanita bujang ditambah pula daQu masih berusia muda dibawah umur 45 tahun kebawah so kenalah bawak mahram sendiri. daQu taknak lah percaya khabaran tu sebab ni semua melemahkan kepala lutut daQu so daQu tanyalah sendiri agensi. So tabahlah wahai hati, kuatlah wahai jiwa kentalah wahai semangat. Ya Allah menggeletar dan terduduk daQu saat tu jugak bila agensi mensahihkan khabaran tu. Terkelu lidah daQu tak tahu nak cakap apa lagi dah, yang ustaz orang agensi tu dok la panggil nama daQu dalam phone tapi daQu buat dek je. Dalam kepala otak fikir satu je, agaknya inilah balasan tak mendengar kata bonda ari tu. Sebab dah terguriskan perasaan bonda jadi Allah bagikan hukuman kat daQu. Bak kata orang, sekarang ni Allah dah tak tundakan lagi hukumanNya pada hambaNya, jam ni jugak Allah balas cash kat kita. Disebabkan perasaan daQu berkecamuk dan blur blur gitu so daQu pun terlupa plak yang ustaz orang agensi tu masih lagi on call, dengan selamba jiwa muda belia daQu, daQu pun off kan lah call tersebut, 'maap la ustaz saya memang cenggini perangainya'.

Nak nanges tapi takdelah daQu nak buat drama melayu kat fakulti plak kan so tahan je lah sebak tu (sakit tau tahan nanges ni sesak jiwa dibuatnyer). so sesampai je daQu kat bilik, ape lagi bantai nanges la nasib roommate takda kat bilik kalo tak naya buat malu jaa. Amik phone call bonda, berjuta-juta kali minta ampun kat bonda yela kalo korang alert apa yang daQu cita dari awal, kan mula-mula bonda tak bagi daQu pegi tapi daQu nak jugak pegi. Mungkin dalam menimbang rasa untuk membenarkan daQu pegi tu bonda terpaksa abaikan perasaan dia semata-mata nak realisasikan impian daQu tu kononnya. daQu cita abih dari A sampai Z tak tinggal satu pun kat bonda. So bonda apalah lagi nak cakap, ayat yang paling biasa diucapkanlah apabila seseorang itu dalam keadaan kiciwa

Bonda: ' Mak memang awal kelahiran kamu adik-beradik sentiasa tanamkan dalam diri untuk sentiasa memaafkan anak-anak mak tak simpan dalam hati. Mak tak nak hidup anak-anak mak tak diberkati dan tak diredhai. Sabar bawak bertenang, mungkin ada hikmah disebalik semua ni, bersangka baik dengan Allah jangan kita sedih dan menangis sangat sampai Allah murka kat kita. Mungkin Allah tu nak kita pegi sama-sama. Menangis sampai air mata darah sekalipun benda takkan berubah. Lebih baik fikir dan muhasabah diri. dak toksah nanges, nurul kalo nanges mak boleh bayangkan buruk muka tuuu (hamboi main kasaq nampak) '.

Nampak tak ayat seorang emak disitu. Ibarat seorang ibu boleh jaga hati semua anak-anaknya tapi anak-anak tak mampu untuk menjaga hati seorang ibu mereka. Allahuakhbar malu dengan Allah, malu dengan mak. So daQu denga automatiknya benti la nanges dan dok fikir fikir fikir fikir fikir dan fikir hinggalah sampai tengah meng'hapdep'kan blog ni. Untuk mewujudkan, melahirkan dan menghadirkan perkara-perkara yang bermananfaat buat ukhrawi dan duniawi memang tidak mudah pasti Allah akan selitkan sekali ujian, cabaran dan dugaan untuk Dia menguji tahap kesabaran, keimanan dan ketaqwaan para hambaNya. Tapi jika untuk menzahirkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat pasti akan mudah tetapi akan diusik iman dan taqwa tanpa disedari diri sendiri. Biar tertangguh impian asalkan tidak terputus niat dan usaha untuk merealisasikannya. TERHENTI TIDAK BERMAKNA TERPADAM.

Mekah tunggu saya akan datang Insya-Allah ^_^


- JANGAN PERNAH BERHENTI UNTUK BERDAKWAH & JANGAN PERNAH PADAM UNTUK BERUSAHA -


  PROUD TO BE A MUSLIMAH 

Sunday, September 23, 2012

Yes!! I Want New Phone Blackberry 9810......but Tab 2

Assalamualaikum & hello everyone
ni ade la nk cerita sikit... sikit ke entah2 jadi panjang berjela hhehehehe
kira-kira 2 weeks ago la kan, daQu dengan my sister also my brother in law jejalan la kat times square saje je nak hirup udara segar, freshkan minded ni...(ceh tak tahan nak fresh minded kat times square)
so memang daQu punyer plan nak beli new phone... the first plan nak beli handset Sony Ericsson je sebab rasa macam dah boleh ngam dengan hp tu tetapi tetiba je nak tukar selera nak pakai blackberry (eleh bukan tukar selera tapi jeles tengok abang pakai BB then daQu ternganga je nengoknyer) so hati dah decide nak pakai BB sebabnyer dah jatuh chenta abis kat BB torch full touch screen.. so bila dah semuanyer sempurna untuk menjalankan misi membeli new phone, datanglah anasir jahat dari my sis yang katanya buat apa pakai BB kan elok pakai tab je 2 in 1 phone blh nak jadi mini laptop pon boleh.. adoiyai daQu ni memang cepat tergugat sikit fikirannya.. memang tak boleh orang kacau sikit mulalah menggelabah tak tentu pasal. then call my big brother minta sugesstion, which one is more better, then dia bilang elok u pakai BB coz BB lagi bagus dari tab, daQu dont knowlah why dia cakap amacam tu then daQu pon tak tanya pon sebabnya. jadi bila my brother cakap BB so daQu pun tanya lagi BB torch yang full screen tu ok tak.. dia " nooooo that's not ok, kalo nak beli torch beli yang 9810 its more better than 9860 tu. so daQu dengan perasaan teruja pun decide sekali lagi nak yang tu iaitu BB torch 9810 tu. then keesokkanya daQu pun jejalan sekali lagi di KLCC coz my sis nak pegi maxis center. so lepas selesai urusan di maxis center, daQu pun cakap la pada my sis yang daQu nak pegi BB center nak meninjau BB 9810 tu, cari punya cari rupanya takde pun BB center (punyalah mewah tempat takde BB center frust betul hati beta) so daQu masuklah satu tempat (tak tahulah apa namanya kedai tu tapi nampak ada jual handset) tengok dari kedai jual memacam gadget yang original. so daQu and sis pun cubalah mengjenguh nengok kalo-kalo adana BB torch tu. finally jumpa jugak BB tu original pack. lepas tengok-tengok tanyalah harga... hamik kau RM1+++ ( lari badget sebenarnya tapi hati berkeinginan tetap nak jugak) so dalam menunggu orang tu amik original phone, ninjau-ninjau la kat samsung phone.. then my sis kata " tengok dari awak beli BB baik beli tab, lagi murah (tkde jauh beza pun harganya) dan lagi bagus functionnyer". adaoiyai sis ni buat lagi, jangan suka mencelarukan kepala otak daQu lagi.. tetiba je sis tanya suma tukang sales kat situ mana lagi bagus BB or samsung tab.. you know tukang sales kat situ sumanyer vote samsung tab.. adoiyai hatiQu berbelah bagi lagi.. sebab hatiQu dah berkecamuk makanya tak jadilah daQu nak beli BB tu sebabnyer salah my sis sebab dah celarukan hati dan mindaQu.. so dalam tengah jalan-jalan sambil memikirkan mana yang lebih baik tetiba kaki ni (secara automatiknya) terberhenti di samsung center, masuk pulak tu, terus pegi nengok tab.. lepas dah belek-belek tab tu sambil dihasut oleh my sis, dengan tanpa sedar. bila dah keluar dari samsung center tu barulah daQu sedar yang daQu telah pun membeli  SAMSUNG GALAXY TAB 2 7.0 OM Allah dan barulah aku teringat kata-kata manisku dalam samsung center tadi  " hello mr. i want buy this tab, samsung galaxy tab 7.0 white colour ". Ya Allah apa ni.. apa dah jadi... apa yang dah berlaku tadi.. adoiyai lain yang Qu inginkan lain yang Qu dapatkan.. it's ok maybe Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya ni.. Insya-Allah pasti ada hikmahnya


Selected by me
My brothers call this "batu-bata" (kurang asam mereka2 tu)

my keinginan yang ini T_T



♥ PROUD TO BE A MUSLIMAH 

Friday, August 31, 2012

Puasa Enam vs Puasa Ganti


Apa daQu punya pendapat tentang niatkan serentak puasa enam dan puasa ganti bagi perempuan?”

------------------------------------------
daQu said:

Disini, ada Enam pesanan untuk wanita tentang puasa enam, dengar baik baik..

1.Jika daQu seorang wanita ini datang haid di bulan ramadhan : maka daQu terus berpuasa ganti pada 2 syawal kerana daQu takut jadi mayat lalu menyusahkan waris ganti puasa daQu.

2.Jika daQu seorang wanita ini malas, daQu akan serentakkan niat puasa ganti dan puasa enam.

3. Jika daQu seorang wanita ini rajin, daQu akan buat beransingan puasa ganti dan puasa enam, dan daQu juga akan berpuasa isnin dan khamis sampai jadi mayat.

4.Jika daQu seorang wanita ini sudah bersuami, daQu akan meranncang ‘
baik punya planning’ supaya mengandung pada bulan ramadhan dan syawal. Maka dapatkah daQu bertarawikh penuh, berpuasa penuh, beribadat di malam lalilatul qadar dan jaizah serta berpuasa enam.

5.Jika daQu seorang wanita ini kaya, maka daQu akan tolong bayar ganti puasa warga emas yang susah.

6.Jika daQu seorang wanita ini bujang, aku akan.., arghh, dah cukup enam. Lain kali cerita.

Selamat beraya enam!!!!



Puasa jangan tak puasa


♥ PROUD TO BE A MUSLIMAH