Friday, March 1, 2013

KECUAIAN DIRIQU BUAT KALI KETIGA

Assalamualaikum.. wohhooo rajin lah pulok meng'hapdet' blog. Bukannyer aper bila banyak naa citanyer, tak tahu nak celoteh kat sape, so blog jela yang sudi nak terima walaupun terpaksa penat untuk menaip kan.

Cengithaa nyer begini, hari Ahad yang lepas bertarikh 24 February 2013, after balik dari hiking broga's hill (silalah rujuk gambo yang tak seberapa di bawah ini).

ni la bukitnya., mengah, semput nak tercabut nafas mendakinya.

Hebattt TheMissIqa hiking bukit broga nu haaa.. Ala ini semuanya disebabkan wajib ko-kurikulum, saje-saje nak naik takdelah hai. Tapi daQu bukan nak cita pasal bukit broga, ofkos anda-anda sekalian lebih arif pasal bukit borga tu dari saya sebabnya ni lah kali pertama saya mendaki dan mendengar pasal bukit broga tu. Ape yang saya tahu pasal bukit broga tu pun satu je after di explainkan oleh coach dimana disitulah angkasawan pertama negara kita Dr.Sheikh Muzaphar Shukor membuat gambar pre-wedding beliau bersama isterinya Dr.Halina.

Ok ok back to the main point, after balik dari bukit tu sesampai di kolej around 3 o'clock gitulah dah tak ingat pukul bape sebenornyer. daQu keluarkan phone nak tepon roommate tanya dah makan ke belum kalo beliau belum makan meh la turun sebabnya daQu ada di kafe, tujuannya satu je nak temankan beliau beli makan. Tapi dia bilang malas mau turun, daQu pun tak pulok ringan mulut ni nak bertanya dia nak makan apa + tolong belikan makanan dia. So after done session call meng'call beliau, daQu pun menyinggah lah beli milo ais yela baru balik dari hiking kan ofkos air sejuk la targetnya. After tu terasa nak makan kopoq lekoq pulak so nyinggah lah lagi ke kedai kopok lekor. Dalam menunggu makcik tu nak layan daQu sebab ada budak kecik datang dan mencantas pertanyaan daQu, dengan baik bagilah budak tu lepas dulu and letak la barang-barang di tanganQu kat atas meja jualan makcik tu. Lepas dah selesai sesi jual beli dengan senang hati balik menuju ke bilik.

After clean wash semua bagai tu, daQu pun nak baring penat la katakan (padahal dah niat nak makan after mandi tu tapi penat punyer pasal tolak tepi dulu, tido lagi utama) nak amik phone nak tepon Bonda sebelum melenakan diri. daQu pun carik atas meja takde phone daQu, carik dalam beg takde jugok, haaiiihh mane plak phone daQu ni, bersangka baik lah mungkin daQu cari gelojoh sangat kot tadi check balik dalam beg.. haaaiiippp takde jugak, suruh roommate call phone, dia kata ada bunyi tapi kenapa daQu tak dengar ringtone phone daQu. Wahhhh cuak menyerbu taknak la panik membuta tuli so cari cari cari cari cari cari cari dan dalam masa yang sama suruh roommate call jangan berhenti.

Sure phone takde dalam beg mahupun dalam bilik. habis laaa takkan tinggal plak. Roommate suruh daQu ingat balik mane daQu letak. Inilah masalah utama daQu, daQu ni cepat tak ingat memang sifat semulajadi daQu bak kata Bonda. Duduk tenangkan diri, ingat balik kat mane daQu letak phone tu. Dok dalam fikir fikir fikir tu tiba-tiba baru daQu teringat masa beli air daQu takde letak barang tapi masa beli kopok lekor tu daQu ade letak barang kat atas meja makcik tu. Sepantas harimau kumbang daQu pakai jubah sarung tudung pakai purdah turun bawah tapi sempat pesan kat roommate terus call phone daQu. Sampai je kat kedai tu terus ambush makcik tu tanya dia ada nampak tak phone kat sini sebab memang daQu yakin memang daQu ada letak phone kat situ. Tapi jawapan negative yang makcik tu bagi, dia siap tambah lagi kalo ada sapa-sapa yang tinggal barang kat kedai dia memang payah nak jumpa balik & cita lagi ada budak hilang purse pun sampai sekarang tak jumpa. Hadoiyai makcik ni buat daQu bertambah tak keruan. Patah balik ke kedai air tanya abang air tu kot-kot dia nampak phone tak kat situ tapi dia kata memang takde sebab dari tadi memang dia bersihkan meja memang takde barang pun atas meja dia.

daQu dah nak nanges dah ni tapi tahan lagi, on the way nak menuju ke bilik tanya makcik guard pun jawapan yang sama jugok. Ok tahan tahan jangan keluar dulu. Balik bilik tanya roommate phone still ringing tak, dia cakap

Roommate: ' kak phone dah tutup, dah tak dapat '.

Dah sudah sape pulak yang dah jumpa phone daQu ni. Tapi daQu memang yakin seyakin kuat mengatakan yang memang daQu ada letak phone daQu kat kedai tu sebab memang daQu letak semua barang-barang daQu atas meja makcik kopok lekor tu tadi. Orang kata Khusnu Zonn jangan bersangka buruk pada orang lain tapi bila bab-bab macam ni berlaku daQu tak boleh. daQu memang tak tahu nak buat ape lagi, duduk kat tangga tepi bilik, dok nanges nanges nanges nanges nanges dan nanges lagi tu diiaaaaa tak henti-henti lagi best lagi banyak daQu nanges lagi kuat angin kat situ bertiup. Sebab tak boleh fikir dan zero tak tahu nak buat ape call la lil brother, hamik ko kena leter dengan dia. My lil brother pun cuba jugak detect my phone dengan cara pro dia tapi tak boleh sebab 'orang yang amik tu' dah switch off my phone. nanges lagi

daQu takdelah nak menuduh makcik tu, boleh jadi mungkin sape-sape yang datang kedai makcik tu ternampak phone tu diambilnya lalu menjadikan terus sebagai haknya. daQu terus kena migraine tahap dewa  dan nanges lagi dan last skali daQu masuk bilik sambung nanges lagi kat atas katil pulak then tertido. sedar-sedar je dah nak maghrib, bangun dengan keadaan kepala pening + penat + sakit badan + sakit kaki + sakit lutut (sebab lutut terhentak kat batu masa turun dari bukit broga) + sakit hati + lapar + haus sesangat = esoknya 25 February 2013 bersamaan hari Isnin ada Imtihan @ dalam bahasa uni bermaksud 'MIDTERM' dan sambung nanges lagi ( biasalah daQu ni memang kuat cengengnya ). 

Dalam dok nanges teringat yang ada simcard satu lagi yang tak pernah daQu gunakan then terjumpa phone singgit ( bak kata coach daQu la ) dalam beg baju. On phone, nasib baik boleh guna and ada kedit lagi. Sms dengan lil brother nak buat ape dan sambung nanges lagi. Beliau berhujah

My Lil Brother: ' Aku pun terkilan dengar tapi nak buat macam mane dah takde rezeki. Anggap je la itu rezeki orang tu. Tapi tu la ko kak careless sangat semua benda nak hilangkan, semua barang ko tak ingat kak. Masuk yang ni, ini kali ketiga ko hilangkan phone kak. Aku pun tahu nak buat macam mane dengan ko ni kak, nak kata kurang cerdik kang marah tapi belajar sampai tahap degree dah. Benda-benda penting tu pon tak boleh ingat. Nasib baik telinga tu melekat kat kepala kalaulah telinga tu boleh ditanggal-tanggalkan, aku rasa ko lah orang pertama yang hilang telinga agaknya. Menangis sampai air mata darah pun phone tu takkan datang balik. Dah la tak payah nak pikir sangat sok exam kan baik gi baca buku tu '.

* daQu lagi bertambah nangesnya lagi bila kena bidas sampai cenggitu skali.. pssttt ni my Bonda belum tahu lagi tau. My lil brother sorang je yang tahu.. *

Anda-anda semua tahu tak kenapa daQu nangis banyak sangat dalam scene 'missing the phone' sebabnya phone tu 'ALANG SAYA YANG PUNYA' hah gitu.. Mau tak nangisnyer, gila dah pakai phone orang, hilangkan lagi pulak tu. sebab itulah nangis teruk bagai. Macam mane nak menjawab kat alang pulak, malam tu daQu pun call la alang, mula-mula dia tak angkat, lepas tu call lagi sampai 3 kali tak angkat jugak. Cuak jugak kalaulah dia angkat phone tu rasanya mungkin daQu akan off kan call tu. Sebab phone alang ada kat saya adalah kerana permintaan saya sendiri yang ingin menukar phone dengan alang atas alasan phone saya susah untuk saya bawa naik atas bukit broga agak kepayahan terjelas disitu. Nak tahu saya pakai phone apa bacalah sebelah ini " phone daQu ". After tu dah tak call lagi sebab takut punya pasal, tapi dalam beberapa jam dok tengah menghafal nota tetiba phone singgit bunyi, tengok number alamakkkk alang call la ape nak jawab ni. Nak tak nak angkat la, alang tanya nak ape, so daQu pun citalah habes kat alang, pasrah habes dalam hati 'ni kalo kena marah terima jela sebab kecuaian sendiri'. U know what alang macam mengerti je, dia tak marah siap bagi nasihat jangan fikir-fikir sangat nanti terganggu nak exam esok. Macam tahu-tahu je yang adik dia memang kaki menghilangkan phone. * hati berbunga riang tapi still rasa serba salah dengan alang *

Lepas alang call, dalam 15 minit kemudian Bonda pulak call, ni mesti alang dah bagi tahu kat mak ni. Habislah redha je la, kena marah ye tuan2 dan puan2 dengan kencang sekali. Tapi dengan memarahi itu tidak cukup untuk menggantikan phone alang. Yes daQu mengaku memang daQu cuai, leka dan tidak peka pada barang-barang sendiri. Jadi mari muhasabah diri wahai empunya diri dan hati. WASSALAM T_T


Anda-anda sekalian blog inilah phone alang yang saya hilangkan. Yes Blackberry 9810 yerr T_T

 PROUD TO BE A MUSLIMAH 

No comments:

Post a Comment