Friday, March 1, 2013

Enjoy + Menimba Ilmu Dikala Bujang

Assalamualaikum, wahh lama bangat tak hapdet blog kitew ni, nasib baik tak bersawang.. takpelah hapdet jela walaupun cita yang bakal dihapdet tak syok sebenarnya.. selamat membaca yer (tu pun kalau ada yang membaca)....

Seusia daQu sekarang ini ramai kawan-kawan, baik waktu di sekolah rendah, menengah bahkan termasuk waktu diploma dulu dan waktu degree sekarang semuanya sudah mendirikan masjid. Alhamdulillah happy and du'a for them (daQu bila lagi hehehehe Insya-Allah bila tiba waktu yang sesuai Allah pasti akan tunjukkan dan mengarahkan daQu kahwin sekarang jugak dan menonjolkan siapakah 'dia'). hah!! tengok bila cita bab kahwin je memanjang hujah nyer, padahal bukan ini yang daQu nak cita. Nampak tak main title nyer aper, hahahahaha memang daQu nak enjoy sepuas dan menimba ilmu sebanyak yang mungkin di kala waktu muda remaja lagi bujang ini. 'Enjoy' atau dalam bahasa melayu nyer 'bersuka ria' mempunyai banyak cabang dan cara untuk kita inpretasikan, cuma jangan tersalah langkah yer kawan-kawan sekalian alam, tidak salah untuk kita bersuka ria cuma kena pilih cara yang betul untuk bersuka ria. macam daQu caraQu inpretasikan maksud enjoy Qu itu adalah dengan jeng...jeng...jeng...

daQu nak bermusafir, ber'enjoy' dan mencedok ilmu sebanyak yang mungkin diseluruh pelosok dunia ini selagi Allah izinkan. Menghabiskan sisa waktu muda remaja 'lah sangat' dengan benda yang bermananfaat untuk ukhrawi dan duniawi. Atleast waktu mudaQu Insya-Allah terjaga. Ber'enjoy' denga cara yang Allah redhai dan berkati. Ala bak kata pepatah dulu ' menyelam sambil minum air ' gitu.. Apa lagi jom kita enjoyyyy!!!

Awal tahun 2013 memang ramai umat Islam berlumba-lumba pergi ke Tanah Suci Mekah menunaikan umrah, mengeratkan lagi hubungan dengan Sang Maha Pencipta Alam Semesta. Tidak terkecuali daQu untuk berlumba-lumba mendaftarkan diriQu sebagai salah seorang tetamu Allah. Apabila sudah jumpa agensi yang sesuai untuk menerbangkan daQu kesana. daQu pilih agensi ini kerana dalam kita beribadah, agensi ini akan buat trip melawat tempat-tempat bersejarah Islam so that's why daQu teruja habes dengan agensi ini  hah gitulah permainannya. After that daQu pun berbincang secara hemah dengan bonda. Mulanya bonda senyap je bila kitew cita kat dia, kitew pun tak nak lah banyak kerenah diam jela, takde lah tanya lebih-lebih. Then second round cita lagi niatQu suci murni sesuci minyak masak cap murni dekat bonda, hahhh tu dia bonda sudah bersuara, kata beliau

Bonda: ' sabarlah kita pergi sama-sama, pergi sorang-sorang ni mak tak izinkan, bahaya pergi sorang '

urrmmmmmm ok sabar sabar kumpulkan kekuatan dan ayat mengayat manis sekarang mulaaa

daQu: ' mak bahaya apenyer, nurul nak pergi Mekah sana tu hah bukannyer nak pegi buat konsert girls generation (sambil nyanyi lagu korea kat bonda). Rumah Allah mak, Insya-Allah Allah akan jaga hambaNya. Lagipun ni memang impian nurul mak nak buat benda ni semua secara sensorang + berdikari. Memang kita dah promise nak gi sama-sama. Untuk kali pertama ni mak izinkanlah nurul pegi dulu ye mak. tapi kalo mak tak izankan pun takpelah (sambil buat muka seposen). '

Bonda senyap tak berbicara sepatah apa pun, orang dolo-dolo kata senyap itu tandanya setuju kan Assuqut'alamutrredha walhal Bonda dah tertido ghupenyerrrr haaiiihhhh

Di satu malam bawah bulan separa

Bonda: ' betul nak pergi sana sorang-sorang '
pusing 360 darjah ok
daQu: ' haaaiiipppp betul3x '  * cahaya untuk merealisasikan impian sudah menampakkan sinarnya*
Bonda: ' ok mak izinkan, nanti jaga diri tu elok-elok, jangan buat mak risau. Lepas ni pegi tepon bagi tahu ayah plak '
daQu: ' Allah!!! saaaaayyaaaangggg mak infiniti.. oraite nurul memang plan nak bagi tahu ayah pun kalau mak tak izinkan nurul pegi hehehehehhe '.

Alkisahnya bermula misi miss lone ranger memulakan langkah yang seterusnya. Menyelesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan, memandangkan orang agensi dah call untuk bankin deposit dulu sebagai tanda untuk booked tiket kapal terbang + minta keizinan ayah pulak (adat la kalo nak apa-apa mesti tanya kat mak dulu baru ayah kan). Tarikh keberangkatan daQu untuk ke Tanah Suci Mekah pada 8 April 2013, 2 hari selepas daQu habis final exam wooohoooo...

Di satu saat Allah nak menguji keimanan, ketaqwaan dan mendatangkan ujian. Pada satu hari daQu mendapat khabaran yang bahawa untuk musim umrah kali ini kerajaan arab tidak membenarkan memakai mahram tumpang. Means bagi wanita bujang haruslah pergi bersama mahramnya sendiri dan wanita yang dibenarkan masuk ke Mekah tanpa menggunakan mahram hanya wanita berumur 45 tahun ke atas. Memandangkan daQu adalah seorang wanita bujang ditambah pula daQu masih berusia muda dibawah umur 45 tahun kebawah so kenalah bawak mahram sendiri. daQu taknak lah percaya khabaran tu sebab ni semua melemahkan kepala lutut daQu so daQu tanyalah sendiri agensi. So tabahlah wahai hati, kuatlah wahai jiwa kentalah wahai semangat. Ya Allah menggeletar dan terduduk daQu saat tu jugak bila agensi mensahihkan khabaran tu. Terkelu lidah daQu tak tahu nak cakap apa lagi dah, yang ustaz orang agensi tu dok la panggil nama daQu dalam phone tapi daQu buat dek je. Dalam kepala otak fikir satu je, agaknya inilah balasan tak mendengar kata bonda ari tu. Sebab dah terguriskan perasaan bonda jadi Allah bagikan hukuman kat daQu. Bak kata orang, sekarang ni Allah dah tak tundakan lagi hukumanNya pada hambaNya, jam ni jugak Allah balas cash kat kita. Disebabkan perasaan daQu berkecamuk dan blur blur gitu so daQu pun terlupa plak yang ustaz orang agensi tu masih lagi on call, dengan selamba jiwa muda belia daQu, daQu pun off kan lah call tersebut, 'maap la ustaz saya memang cenggini perangainya'.

Nak nanges tapi takdelah daQu nak buat drama melayu kat fakulti plak kan so tahan je lah sebak tu (sakit tau tahan nanges ni sesak jiwa dibuatnyer). so sesampai je daQu kat bilik, ape lagi bantai nanges la nasib roommate takda kat bilik kalo tak naya buat malu jaa. Amik phone call bonda, berjuta-juta kali minta ampun kat bonda yela kalo korang alert apa yang daQu cita dari awal, kan mula-mula bonda tak bagi daQu pegi tapi daQu nak jugak pegi. Mungkin dalam menimbang rasa untuk membenarkan daQu pegi tu bonda terpaksa abaikan perasaan dia semata-mata nak realisasikan impian daQu tu kononnya. daQu cita abih dari A sampai Z tak tinggal satu pun kat bonda. So bonda apalah lagi nak cakap, ayat yang paling biasa diucapkanlah apabila seseorang itu dalam keadaan kiciwa

Bonda: ' Mak memang awal kelahiran kamu adik-beradik sentiasa tanamkan dalam diri untuk sentiasa memaafkan anak-anak mak tak simpan dalam hati. Mak tak nak hidup anak-anak mak tak diberkati dan tak diredhai. Sabar bawak bertenang, mungkin ada hikmah disebalik semua ni, bersangka baik dengan Allah jangan kita sedih dan menangis sangat sampai Allah murka kat kita. Mungkin Allah tu nak kita pegi sama-sama. Menangis sampai air mata darah sekalipun benda takkan berubah. Lebih baik fikir dan muhasabah diri. dak toksah nanges, nurul kalo nanges mak boleh bayangkan buruk muka tuuu (hamboi main kasaq nampak) '.

Nampak tak ayat seorang emak disitu. Ibarat seorang ibu boleh jaga hati semua anak-anaknya tapi anak-anak tak mampu untuk menjaga hati seorang ibu mereka. Allahuakhbar malu dengan Allah, malu dengan mak. So daQu denga automatiknya benti la nanges dan dok fikir fikir fikir fikir fikir dan fikir hinggalah sampai tengah meng'hapdep'kan blog ni. Untuk mewujudkan, melahirkan dan menghadirkan perkara-perkara yang bermananfaat buat ukhrawi dan duniawi memang tidak mudah pasti Allah akan selitkan sekali ujian, cabaran dan dugaan untuk Dia menguji tahap kesabaran, keimanan dan ketaqwaan para hambaNya. Tapi jika untuk menzahirkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat pasti akan mudah tetapi akan diusik iman dan taqwa tanpa disedari diri sendiri. Biar tertangguh impian asalkan tidak terputus niat dan usaha untuk merealisasikannya. TERHENTI TIDAK BERMAKNA TERPADAM.

Mekah tunggu saya akan datang Insya-Allah ^_^


- JANGAN PERNAH BERHENTI UNTUK BERDAKWAH & JANGAN PERNAH PADAM UNTUK BERUSAHA -


  PROUD TO BE A MUSLIMAH 

No comments:

Post a Comment