Tuesday, August 16, 2011

Rinduku Ini


Assalamualaikum...Alhamdulillah selamat hari puasa ke-16, agak cepat masa berlalu bukan..rasanya sebak pulak ramadhan nak hampir menemukan penghujungnya..moga2 dapat bertemu kembali ramdhan pada tahun hadapan..petang tadi semasa menyiapkan juadah terdengar lagu raya Siti Nurhaliza "Air Mata Syawal" sebak je bunyinye huhuhuhuhuu so saya pon mula la touching2  pada petang yang mulia ni..so utk memeriahkan suasana touching ni marilah kite menyedapkan hati dengan nengok video ni haaa....




Apa pasal saya..?? sebabnya saya teringat pada ayah...huhuhuhu bile dihitung balik sudah 14 tahun saya beraya tanpa ayah...cedihnyaaa hati saya ni...rindu kat ayah ririnduuuuu cecangat.....bagi sesapa yang ada ayah sayangilah dan jagalah hati beliau ya...bila ayah larang kuar malam2, tak bagi kuar dgn lelaki so patuh arahannya nnti bile beliau takde mesti rindu dgn leteran dan tegurannya...jgn nnti dh jadi mcm saya baru nak nyesal...saya teringin nak merasa ayah saya mrah2 saya, bilang saya begini...."jgn kuar mlm2, jgn keluar dgn lelaki sblm ada ikatan, jgn buat begitu tak elok dan mcm2 lagilah" ahhhh teringinnya...tapi masih lagi bersyukur kerana ayah saya masih lagi hidup cuuma keadaan tidak mengizinkan kami bersama-sama...



ayah ingin saya nak ayah tahu walau apa pun ayah tetap ayah saya dan saya sayang sangat2 dekat ayah..dulu2 when i was child ayah jaga saya dengan baik sekali, bile kami adik-beradik demam ayahlah yang paling cemas...ayah pandai jaga anak2 ayah ni...doa saya utk ayah setiap hari moga ayah dilindungi dan diberkati oleh Allah S.W.T selalu...


tegok ni, sensitip kan saya..cepat na nanges nyer
nak tisu..nak tisu....

Satu Renungan

Ya Allah, Ampunkanlah dosa2 ku, saya mahu kejayaan yang membolehkan saya diterima masuk ke syurgaMu...



Ya Allah.. Ya Rabb..Baru ku tersedar , rupanya selama ini pegangan agamaku terlalu nipis bahkan jika dibandingkan dengan kulit bawang, lebih nipis darinya. Namun, Alhamdulillah..Syukur kehadrat Allah yang Maha Berkuasa. Diriku kembali dipandu dibawa ke jalan hidayah dari terus berada dalam keadaan yang jahil. Ya allah ampunkanlah segala dosa-dosaku. Astaghfirullahal ‘Azhim….Dengan lafaz   (لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله) –Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawasanya nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku yang lalu.Semoga segala percakapanku itu tidak memesongkan akidahku.Aku takut teramat sangat.Disebabkan kejahilan ilmu, kurangnya pegangan akidah didalam diri ini. Menyebabkan diriku mudah goyah.
 Sebenarnya, jikalau tak diteliti… Tidakku perasan bahawasanya segala percakapanku itu boleh  membawa kepada pemesongan akidahku. Na’uzubillahu minzalik. Saya seorang muslimat yang merasakan purdah itu sangat menjaga aurat. Terdetik di hati ini ingin memakainya. Perasaan itu hadir dan menghimpit jiwa bila melihat muslimat yang memakai purdah. Saya merasakan  betapa bagus dan indahnya akhlak mereka yang sentiasa menutup dan menjaga aurat dari mata-mata lelaki ajnabi. Diriku telah ditegur bila mengatakan bahawasanya, mungkin susah untuk saya bekerja dengan berpakaian seperti ini. Mungkinkah diriku terpaksa membuka purdah ini? Dengan kata-kata inilah Ustaz telah mengingatkan bahawasanya akidah saya boleh terpesong jika tidak yakin dengan ALLAH TAALA.  Diriku tak bermaksud pun begitu, namun sebenarnya melalui kata-katalah ia menzahirkan apa yang ada di dalam hati dan jiwa kita.
Firman Allah Taala:
وَمَن يَتَّقِ اللهَ يَجعَل لَّهُ, مَخرَجَا(2) وَيَرزُقهُ مِن حَيثُ يَحتَسِب وَمَن يَتَوَكَّل عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسبُه, إِنَّ اللهَ بَالِغُ أَمرِهِ قَد جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ شَىءٍ قَدرًا (3)   surah at-thaalaq: 2-3
2. Dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
3. Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.