Friday, August 31, 2012

Puasa Enam vs Puasa Ganti


Apa daQu punya pendapat tentang niatkan serentak puasa enam dan puasa ganti bagi perempuan?”

------------------------------------------
daQu said:

Disini, ada Enam pesanan untuk wanita tentang puasa enam, dengar baik baik..

1.Jika daQu seorang wanita ini datang haid di bulan ramadhan : maka daQu terus berpuasa ganti pada 2 syawal kerana daQu takut jadi mayat lalu menyusahkan waris ganti puasa daQu.

2.Jika daQu seorang wanita ini malas, daQu akan serentakkan niat puasa ganti dan puasa enam.

3. Jika daQu seorang wanita ini rajin, daQu akan buat beransingan puasa ganti dan puasa enam, dan daQu juga akan berpuasa isnin dan khamis sampai jadi mayat.

4.Jika daQu seorang wanita ini sudah bersuami, daQu akan meranncang ‘
baik punya planning’ supaya mengandung pada bulan ramadhan dan syawal. Maka dapatkah daQu bertarawikh penuh, berpuasa penuh, beribadat di malam lalilatul qadar dan jaizah serta berpuasa enam.

5.Jika daQu seorang wanita ini kaya, maka daQu akan tolong bayar ganti puasa warga emas yang susah.

6.Jika daQu seorang wanita ini bujang, aku akan.., arghh, dah cukup enam. Lain kali cerita.

Selamat beraya enam!!!!



Puasa jangan tak puasa


♥ PROUD TO BE A MUSLIMAH 

No comments:

Post a Comment